Catatan

Berani Mengaku Salah Itu Kekuatan

Buang mindset yang sentiasa menyalahkan orang lain dan menganggap diri sendiri tidak pernah salah. Sentiasalah muhasabah diri. Belajar mengakui kesilapan sendiri walaupun pahit untuk ditelan. Sebab apabila kita berhenti sibuk mencari salah orang lain, kita akan lebih fokus untuk memperbaiki diri sendiri.

Kenapa Makanan Kurang Rasa Bila Mulut Kering?

Aku baru tahu sesuatu yang kita buat setiap hari, tapi jarang kita fikir. Pernah tak kau cuba makan makanan masa mulut kau terlalu kering? Rasa makanan tu kadang-kadang jadi kurang. Rupanya, air liur bukan sekadar air dalam mulut. Bila kita makan, air liur membantu melarutkan makanan. Lepas tu, bahan daripada makanan boleh sampai kepada deria rasa pada lidah. Sebab tu air liur memainkan peranan penting untuk membantu kita merasai makanan. Air liur juga membantu kita mengunyah dan menelan makanan dengan lebih mudah. Selain itu, air liur membantu menjaga keadaan dalam mulut dan membersihkan sisa makanan. Jadi, benda yang kita selalu anggap biasa ni sebenarnya bekerja setiap hari tanpa kita sedar. Kadang-kadang, tubuh manusia memang penuh dengan sistem kecil yang kita tak pernah fikir pun. Air liur cuma nampak macam benda biasa, tapi tanpa dia, makan pun takkan rasa sama.

Tahi Telinga Bersihkan Diri?

Selama ini, ramai antara kita mungkin menganggap bahawa tahi telinga perlu dikorek sehingga bersih. Lagi dalam kita mengorek, lagi bersih telinga kita. Namun, rupanya telinga manusia mempunyai sistem pembersihan semula jadi sendiri. Tahi telinga sebenarnya bukan sekadar kotoran yang perlu dibuang. Ia membantu melindungi saluran telinga daripada habuk dan benda asing. Di dalam saluran telinga pula, kulit bergerak perlahan-lahan dari bahagian dalam ke arah luar, seolah-olah seperti eskalator yang bergerak perlahan. Melalui proses semula jadi ini, tahi telinga akan bergerak sedikit demi sedikit ke arah bahagian luar telinga. Apabila kita bercakap atau mengunyah, pergerakan rahang juga boleh membantu proses tersebut. Sebab itu, kita tidak perlu terlalu kerap memasukkan cotton bud atau alat lain jauh ke dalam telinga. Kadang-kadang, kita menyangka kita sedang membersihkan telinga, tetapi sebenarnya kita mungkin menolak tahi telinga semakin jauh ke dalam. Apabila tahi telinga sudah berada be...

Tiada kata terlambat

Hari ni aku berjaya membina satu aplikasi untuk aku menulis. Dalam aplikasi ni, aku boleh dapat markah dan naik tahap apabila berjaya menghasilkan sesuatu penulisan. Dalam aplikasi ni juga ada beberapa tahap tertentu. Sebagai contoh, apabila aku berjaya mencapai Level 5, aku akan mendapat satu lencana sebagai tanda konsistensi dalam menulis. Tiada kata terlambat untuk belajar sesuatu yang baru. Selagi Kita hidup, itu lah peluang untuk kita terus belajar

Antara punca bahagia mula berkurang...

Bahagia tidak akan hadir jika kita sering melihat kehidupan orang lain yang lebih daripada kita. Sering membandingkan diri sendiri dengan orang yang lebih daripada kita menjadi punca kita semakin tidak yakin dengan diri. Salah satu sebabnya ialah media sosial. Setiap hari kita melihat orang lain berkongsi kejayaan, pencapaian, kehidupan yang nampak sempurna, sedangkan kita hanya melihat apa yang mereka pilih untuk tunjukkan. Kita mula rasa kita tidak mampu buat seperti mereka. Lama-lama, kita mula tertanya-tanya, “Kenapa hidup aku macam ni?” Tanpa kita sedar, kita terlalu sibuk melihat kehidupan orang lain sampai lupa menghargai kehidupan sendiri. Sedangkan setiap orang ada perjalanan masing-masing. Jangan jadikan kehidupan orang lain sebagai ukuran nilai diri kita. Fokus pada perjalanan sendiri. Perlahan pun tak apa, asalkan kita terus bergerak.

Maksud tersirat di sebalik ayat ini...

Jika segelas air mampu hilangkan dahaga, tak perlu lah kita meminta air seluas lautan yang bisa menenggelamkan kita. Penulis: Wan Maksud tersiratnya ialah kita perlu belajar bersyukur dan tahu batas keperluan. Jangan kerana terlalu mengejar sesuatu yang lebih banyak, lebih besar atau lebih sempurna, akhirnya apa yang kita kejar itu sendiri membawa masalah kepada kita. Contohnya, kalau sudah cukup dengan apa yang kita ada, jangan sampai kerana mahu lebih banyak kita menjadi tamak, tertekan atau kehilangan apa yang sebenarnya sudah mencukupi.

Aku tak sangka, pagi tadi aku dapat jumpa opah lagi...

Kisah Aku Hari ni aku baru bangun tidur. Dalam mimpi tadi, aku berada di rumah opah bersama mak aku yang sekarang masih hidup. Opah sedang baring di atas katil. Masa tu, aku macam tak percaya sebab aku tahu opah dah tiada. Aku berdiri memandang opah dari jauh. Aku menggosok mata aku. Aku cakap, Real ke ni? Aku gosok mata aku lagi. Lepas tu aku tanya opah, Opah sihat ke? Opah menjawab, Opah sihat, alhamdulillah. Suara tu memang sebijik macam suara opah aku. Lepas tu aku terbangun dari tidur. Dalam hati aku doa, Ya Allah, aku rindu opah.  Opah tunggu ye, kat syurga nanti.. Beberapa saat kemudian, air mata aku mengalir kerana rindu. Kesedaran Kadang-kadang kita baru sedar betapa dalamnya rasa rindu itu bila seseorang yang kita sayang hadir semula dalam mimpi. Walaupun hanya sekejap. Dan bila kita terjaga... Barulah kita sedar, orang yang kita rindukan itu sebenarnya sudah tiada.